Ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT dinilai bukan daripada pangkat atau kedudukan, kebangsawanan atau darjat keturunan, kemewahan atau harta atau harta benda malahan bukan daripada warna kulit dan paras rupa.
Nilai sebenar kewujudan insan PAPIM yang dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, dirangkumkan dalam satu kalimah yang mudah sebutannya terapi begitu bermakna pengisian dan penghayatannya. Itulah yang disebutkan sebagai takwa seperti mana yang dinyatakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya: ( Surah al-Hujurat: 13 )
Maksudnya: Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Bertitik tolak daripada ayat ini, sebagai hamba Allah kita seharusnya berusaha untuk mengabdikan jiwa raga terhadap keesaan-Nya, melaksanakan amalan soleh dan kebajikan setiap ketika serta menjauhi segala larangan-Nya. Dalam erti kata yang lain, seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta memenuhi tuntutan ibadah. Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya seseorang Muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami perkara-perkara asas dalam ISLAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan