welcom to Pak Tam Gallery

Assalamualaikum.....kepada sesiapa yang menlayari blog ini, ribuan jutaan terima kasih di atas sokongan rakan-rakan yg memberi cadangan dan pandangan yang bernas untuk diperbaiki dari masa ke semasa....

Isnin, 14 Disember 2009

SEKAPUR SIRIH



Segala puji bagi Allah, Dialah pentadbir seluruh semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurahkan kepada penghulu para rasul, Muhammad ibni Abdullah saw, ahli keluarganya, dan semua sahabat-sahabatnya.

Blog ini membincangkan mengenai penyakit dan penawarnya yang ditulis oleh Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Beliau adalah seorang cerdik pandai, dalam blog ini beliau tidak hanya membincangkan kesan dan akibat daripada dosa-dosa, namun beliau menghuraikan ehwal penawarnya melalui kaedah al-Quran dan as-Sunnah.

Dosa merupakan akibat dari suatu pelanggaran hukum Allah yang dilakukan oleh makhluk-Nya. Namun sekalipun setiap orang mempunyai dosa yang bilangannya mencapai bilangan buih di lautan namun Allah dengan Zat-Nya Yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, Maka tetap Allah akan mengampuni dosa selagi hamba-Nya sedar dan bertaubat dari melakukan dosa, sama ada dosa besar maupun dosa kecil sengaja maupun tidak.

Persoalannya, Apakah dengan begitu kita boleh melakukan dosa secara terus menerus atau sengaja melakukannya?

Dosa adalah sesuatu yang amat membahayakan dan merupakan malapetaka yang mengungang dan bakal menimpa pelakuan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Blog ini menjadi panduan badi para pembaca yang berminat dan ingin mengetahui hakikat kepastian tentang dosa dan pengaruhnya bagi kehidupan dunia dan juga akhirat.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Wallahul muafiq ilaa aqwamiattariq.

Salam hormat daripada saya



Pak Tam Gallery

Tiada ulasan:

Catat Ulasan